menu

Kamis, 13 November 2014

makalah perbuatan Allah(Af'al Allah)



KATA PENGANTAR

Puji syukur kita panjatkan ke hadirat Allah swt, karena atas   limpahan rahmatnya, sehingga penulisan makalah ini dapat terselesaikan dan telah rampung.
Makalah ini berjudul“PERBUATAN ALLAH”. Dengan tujuan penulisan sebagai sumber bacaan yang  dapat digunakan untuk memperdalam pemahaman dari materi ini.
Selain itu, penulisan makalah ini tak terlepes pula dengan tugas mata kuliah Pendidikan Agama.
 Namun penulis cukup menyadari bahwa makalah ini jauh dari kata sempurna. Oleh karena itu, penulis sangat mengharapkan kritik dan saran pembaca yang bersifat membangun.





























DAFTAR ISI
Kata pengantar..................................................................................................... 1
Daftar Isi............................................................................................................... 2
Bab I Pendahuluan................................................................................................ 3
 ....... Latar Belakang............................................................................................ 1.1
........ Tujuan.......................................................................................................... 1.2
Bab II Isi............................................................................................................... 4
........ Pebuatan Baik dan Indah............................................................................. 4
........ Dapat di Percaya.......................................................................................... 5
........ Tunduk dan Patuh........................................................................................ 5
Kesimpulan............................................................................................................ 8
Sumber................................................................................................................... 9
























Bab I
PENDAHULUAN

1.1        Latar Belakang

Sebagai makhluk Allah kita harus mengetahui perbuatan-perbuatan Allah. Allah maha besar dia yang maha mengetahui segalanya. Kebaikan dan keindahan Dia ciptakan untuk kita semua, jadi dengan kita mengetahui perbuatan Allah maka kita akan mengetahui bahwa Allah itu sangat baik kepada kita dan dengan mengetahui perbuatan Allah pula, itu menjadikan kita yakin bahwa Allah maha kuasa, dan mengajarkan kita untuk selalu bersyukur kepada Allah.

1.2        Tujuan

·           Perbuatan allah menurut beberapa tokoh daan mashad
·           Untuk mengetahui perbuatan-perbuatan Allah
·           Untuk menjadikan kita tunduk dan patuh kepada Allah
·           Agar kita mempercayai adanya Allah dan perbuatan-perbuatan yang di janjikanNya
         





















Bab II
ISI

A.    Konsep perbuatan Allah menurut beberapa tokoh dan mashab dalam islam
Dalam konteks perbincangan mengenai af‘al Allah, beberapa orang tokoh dan aliran pemikiran (madhhab) dikemukakan di sini untuk melihat persoalan tersebut secara perbandingan.
Di kalangan tokoh al-Mu‘tazilah, Wasil dikatakan berpendapat bahawa Allah selaku al-Khaliq Maha Bijaksana dan Maha Adil tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu keburukan atau kesalahan kepada-Nya.9 Oleh itu, al-Mu‘tazilah umumnya mengatakan Allah tidak melakukan keburukan dan bahkan tidak pula menghendakinya berdasarkan hujah al-Qur’an yang bermaksud:
“ Allah tidak meredhai (la yarda) kekafiran bagi hamba-Nya.”10
Menurut tafsiran mereka, ia bermaksud tidak menghendaki (la yurid).11 Selanjutnya dikatakan setiap perbuatan Allah mempunyai kebaikan (maslahah) dan matlamat,12 dan dalam konteks ini, manusia diciptakan bermatlamat untuk menyembah-Nya. Pada hakikatnya, Allah telah menetapkan suatu hukum dan ketetapan ke atas diri-Nya sendiri.
Pendapat al-Mu‘tazilah boleh dihubungkan kepada pendirian mereka tentang konsep kekuasaan Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Adil. Tuhan menurut pandangan mereka tidak melakukan keburukan, bahkan tidak berkuasa (la yaqdir) berbuat zalim (zulm) kerana perbuatan demikian timbul hanya daripada orang yang bersifat tidak sempurna, sedangkan Tuhan bersifat Maha Sempurna.13
Semua perbuatan Tuhan bersifat baik. Tuhan tidak berbuat buruk dan tidak melupakan apa yang wajib dilakukan-Nya.14 Dengan demikian, Tuhan tidak berdusta, tidak bersikap zalim, tidak menyiksa anak-anak orang musyrik disebabkan dosa orang tua mereka, tidak menurunkan mukjizat bagi pendusta, dan tidak memberikan beban yang tidak dapat dipikul manusia. Kenyataan tersebut ditambah dengan pernyataan bahawa wajib bagi Tuhan untuk mendatangkan yang baik, bahkan yang terbaik kepada manusia, yang diistilah sebagai al-salah wa al-aslah. Selain itu, persoalan lain yang dikaitkan dengan istilah itu adalah lutf atau rahmat Tuhan. Tuhan wajib menurunkan lutf bagi manusia.15 Lutf merujuk kepada semua perkara yang akan membawa manusia kepada ketaatan dan yang akan menjauhkan manusia daripada maksiat. Dengan demikian, Tuhan wajib contohnya mengirimkan nabi atau rasul untuk memberikan petunjuk kepada manusia.16
Dengan kata-kata lain, Allah (s.w.t) Maha Kuasa dan dengan sifat kemahakuasaan-Nya Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya tanpa ada sesuatu pun yang dapat menghalangi dirinya untuk berbuat demikian. Namun demikian, Allah (s.w.t) juga Maha Adil dan dengan sifat kemahadilan-Nya Dia menetapkan Diri-Nya menggunakan sifat kemahakuasaan-Nya berdasarkan sifat kemahadilan-Nya. Allah (s.w.t) telah menetapkan suatu sistem atau peraturan untuk diri-Nya sendiri. Justeru, walaupun Allah boleh berbuat apa sahaja, namun Dia tidak berbuat apa sahaja. Dia hanya melakukan perkara-perkara yang baik bersesuaian dengan al-Asma’ al-Husna-Nya sendiri kepada Diri-Nya dan kepada makhluk-makhluk-Nya.
Di kalangan al-Asya‘irah pula, mereka berpendapat Allah Maha Kuasa terhadap makhluk-Nya. Dia tidak mempunyai keburukan, kesalahan, kewajipan,17 dan tidak pula menghendaki keburukan secara mutlak.18 Allah tidak melakukan kesalahan atau perkara yang mustahil dan perbuatan-Nya pula tidak tertakluk kepada matlamat.19 Sekiranya semua manusia dimasukkan ke neraka, ia adalah adil begitu juga jika sebaliknya. Allah boleh menyiksa orang mu’min dan boleh memasukkan orang kafir ke dalam syurga.20 Dalam konteks keburukan, Allah hanya menghendakinya sebagai perbuatan atau usaha (kasb) manusia yang berdosa. Tiada yang dapat memaksa-Nya menerima taubat seseorang.
Pendapat al-Asy‘ari yang kemudian diikuti para pengikutnya daripada aliran al-Asya‘irah mempunyai hubungan dengan penentangan mereka terhadap konsep keadilan Tuhan yang dipegang oleh al-Mu‘tazilah. Ini kerana al-Asy‘ari berpendapat Allah Maha Kuasa dan kekuasaan-Nya bersifat mutlak dan tidak ada sesuatupun yang wajib bagi-Nya. Tuhan berbuat mengikut kehendak-Nya sehingga sekiranya Dia memasukkan semua manusia ke dalam syurga bukanlah menunjukkan Dia bersifat tidak adil dan seandainya Dia memasukkan semua manusia ke dalam neraka, Dia bukanlah bersifat zalim.21
Al-Ghazali, salah seorang tokoh ulama al-Asya‘irah yang utama turut berpendapat demikian. Beliau mengatakan, Tuhan tidak berkewajiban menjaga kemaslahatan (al-salah wa al-aslah) manusia, tidak wajib memberi upah atau ganjaran kepada manusia di atas perbuatan-perbuatan-Nya, bahkan Tuhan boleh memberikan beban yang tidak dapat dipikul kepada manusia.22 Tuhan berkuasa mutlak dan tidak akan bertentangan dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya, sekiranya di atas kehendak-Nya, Dia menghancurkan makhluk-Nya atau memberikan ampun kepada semua orang kafir dan menghukum semua orang mu’min.23
Dengan kata-kata lain, Allah (s.w.t) Maha Kuasa dan dengan sifat kemahakuasaan-Nya Dia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya tanpa ada sesuatu pun yang dapat menghalangi Dirinya untuk berbuat demikian. Walaupun Allah (s.w.t) Maha Adil Dia bebas dan Dia sama sekali tidak mengikat Dirinya mahupun terikat untuk mengikuti sesuatu sistem atau peraturan tertentu untuk Diri-Nya sendiri. Dia bebas menggunakan sifat kemahakuasaan-Nya, dan Dia (s.w.t) tidak tertakluk kepada suatu sistem atau peraturan tertentu untuk diri-Nya. Justeru, Allah boleh berbuat apa sahaja, sememangnya Dia boleh berbuat apa sahaja.24
Di kalangan al-Maturidiyyah pula, al-Maturidi dikatakan mempunyai pendapat yang sama dengan al-Asy‘ari dalam persoalan al-salah wa al-aslah, tetapi beliau turut berpendapat bahawa Tuhan mempunyai kewajiban-kewajiban tertentu,25 yang Dia sendiri tetapkan ke atas diri-Nya. Pendapat seperti ini lebih mendekati pemikiran al-Mu‘tazilah berbanding kepada al-Asya‘irah.
Secara perbandingan dari segi pendapat di antara kedua-dua aliran pemikiran tersebut, aliran al-Mu‘tazilah secara khusus dan bahkan al-Maturidiyyah sendiri secara umumnya mempunyai pendapat yang kelihatan lebih mudah difahami dan diterima, kerana mereka mengatakan perbuatan Allah mempunyai maslahah dan tujuan dan ia tidak dilakukan tanpa sebab dan musabab berbanding dengan al-Asya‘irah yang lebih menekankan keadilan Allah dalam pengertian bahawa Dia bebas melakukan segala-galanya walaupun tanpa tujuan dan matlamat.
Konsep Af‘al Allah: Analisis dalam Konteks Pemikiran Islam:
Dalam konteks perbincangan mengenai perbuatan Allah (s.w.t) yang berhubung dengan perbuatan manusia, ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
Pertama: Perbuatan yang diciptakan oleh Allah dan manusia diberikan kebebasan dan pilihan untuk melakukan atau meninggalkannya. Dengan kata-kata lain, ia bersifat metafora (majazi).
Kedua: Perbuatan Allah yang tidak diberikan kebebasan dan pilihan kepada manusia. Ia bersifat mutlak dan hakiki.26
Al-Qur’an sebagai Kalam Allah memperlihatkan setiap perbuatan Allah (s.w.t) menunjukkan bahawa Dia melakukannya dengan tujuan dan hikmah.27 Justeru itu, Allah sendiri menafikan perbuatan-Nya dilakukan tanpa tujuan dan hikmah seperti dinyatakan al-Qur’an dengan maksud:
“ Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara kedua-duanya dengan bermain-main.”28
“ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main.”29
“ (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “ Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.”30
Tambahan pula, perbuatan sia-sia atau main-main merupakan suatu keburukan.31 Dikatakan bahawa tiada sesuatu32 termasuklah manusia33 diciptakan Allah dengan sia-sia. Perbuatan Allah mempunyai sebab dan tujuan dengan matlamatnya kembali kepada kepentingan manusia itu sendiri ataupun kerana memenuhi syarat-syarat peraturan sesuatu yang wujud.
Matlamat penciptaan manusia itu bukanlah bertujuan untuk menyempurnakan Allah kerana Allah tidak memerlukan tujuan itu untuk menyempurnakan diri-Nya. Tujuan Allah pula dikatakan bukanlah mendatangkan kekurangan dan kerugian kepada manusia kerana kenyataan tersebut merupakan keburukan dan tidak menepati al-Qur’an, al-Hadith sahih dan rasionaliti itu sendiri.
Matlamat penciptaan itu sendiri juga dikatakan bertujuan untuk memenuhi syarat-syarat peraturan sesuatu yang wujud. Dengan kata-kata lain, Allah telah menetapkan segala sesuatu dari segi asal kejadiannya dengan sebab dan musabab dan syarat-syarat yang diperlukannya untuk dapat terus hidup di alam ini. Oleh kerana itu, tanggungjawab (taklif) yang ditetapkan oleh Allah ke atas manusia sewajarnya mengandungi kebaikan.34
Justeru itu, kelihatan Allah hanya menghendaki kebaikan dan ketaatan manusia terhadap-Nya dan membenci keingkaran,35 bahkan dalil-dalil al-Qur’an turut dengan jelas membuktikannya dengan maksud:
“ Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu,”36
“ dan apabila dia berpaling (dari mukamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosakkan tanaman-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.”37
Dalam kebanyakan sumber juga menjelaskan bahawa perbuatan Allah (af‘al Allah) menjadi pengukur keadilan dan bukannya (apa yang dikatakan sebagai) keadilan menjadi pengukur perbuatan Allah. Dengan kata-kata lain, setiap yang dilakukan oleh Allah (s.w.t)
adalah adil dan bukannya setiap yang dikatakan adil wajib dilakukan oleh-Nya. Di samping itu, keadilan Allah juga menghendaki perselisihan dan perbezaan tidak akan wujud dan tidak akan berlaku di antara sesama makhluk kerana masing-masing diberikan hak yang sepatut dan sewajarnya mereka miliki.38 Kenyataan ini juga bersesuaian dengan salah satu takrifan atau definisi lain bagi perkataan “adil” dan keadilan iaitu memberikan sesuatu akan haknya dan mengambil sesuatu yang diberikan kepadanya.39
Selanjutnya dijelaskan Allah Maha Adil adalah pencipta kebaikan dan bukannya keburukan. Oleh itu, dalam alam ini, tidak wujud kejahatan dan keburukan secara mutlak.40 Kejahatan dan keburukan adalah bersifat relatif kerana ia dihasilkan daripada perbuatan manusia dan bukannya perbuatan Allah.41 Salah satu daripada keburukan dan kejahatan itu adalah kezaliman (al-zulm). Dengan demikian, kezaliman dan penganiayaan bukanlah sama sekali bersumber daripada Allah.42 Allah sebagai pencipta kebaikan tidak pernah sekali-kali menetapkan keburukan dan keingkaran kepada manusia. Ini kerana ia merupakan suatu keburukan sekiranya Allah memberikan balasan buruk kerana Allah sendiri menafikannya bersifat demikian dalam ayat al-Qur’an yang bermaksud:
“ Dan Allah menghukum dengan keadilan.”43
Allah memberitahu bahawa segala ciptaan-Nya adalah baik kecuali keburukan. Ini kerana sekiranya keburukan daripada-Nya, tentulah Dia tidak menetapkan kebaikan dalam semua ciptaan-Nya seperti dijelaskan dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“ Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang (al-tafawut).”44
Allah menafikan ketidakseimbangan dalam ciptaan-Nya kerana ia merujuk kepada keburukan. Keburukan pula adalah suatu kezaliman (dalam pengertian meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya), dan kenyataan tersebut telah dinafikan oleh Allah sama sekali.45
Perbuatan Allah dikatakan tidak boleh disamakan dengan perbuatan manusia. Ini kerana ketidakseimbangan, percanggahan, kezaliman, pendustaan, keingkaran dan seumpamanya terkandung di dalamnya46 sedangkan ciri-ciri tersebut tidak menepati sifat-sifat Allah yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui dan Maha Adil.
Al-Qur’an dalam beberapa buah ayat menerangkannya dengan maksud:
“ Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?”47
“ Seseorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam ni’mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”48
“ Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya melainkan dengan benar.”49
Justeru itu, Allah (s.w.t) tidak mungkin dikatakan sebagai Pencipta perbuatan manusia. Oleh yang demikian, dijelaskan bahawa Allah selaku Pencipta kebaikan pasti tidak akan memerintahkan manusia melakukan kejahatan dan keburukan. Bagi orang-orang yang mendakwa Allah menyuruh melakukan kejahatan dan keburukan, Nabi (s.‘a.w) dikatakan menganggap mereka telah melakukan pendustaan terhadap Allah.50
Di antara hujah-hujah yang menafikan Allah menghendaki keburukan dan kemaksiatan adalah kerana Dia menegah perbuatan buruk tersebut dan setiap tegahan bererti membencinya. Dikatakan bahawa adalah mustahil bagi-Nya menjadi orang yang berkehendak (murid) dan membenci (karih) pada masa dan dalam perkara yang sama.51
Tambahan pula, perbuatan menghendaki keburukan hanya memperlihatkannya sebagai sifat kekurangan (naqs) dan kecelaan (dhamm) kerana menghendaki keburukan sewajarnya disertai dengan kehendak (iradah). Sekiranya Allah berkehendak (murid) dengan kehendak (iradah), sudah tentu Allah menjadi pelaku (fa‘il) keburukan sedangkan iradah kepada keburukan adalah buruk.52 Dengan kata-kata lain, Allah Murid dan Qadir (Maha Berkehendak dan Berkuasa) dengan berasaskan sifat ‘Adl-Nya (adil). Allah (s.w.t) tidak berkehendak dan berkuasa apa sahaja termasuklah keburukan dan kezaliman. Dia tidak pernah sama sekali menyalahgunakan sifat kemahakuasaan-Nya kerana kenyataan tersebut mendekati kezaliman. Oleh sebab itu, Allah menerusi al-Qur’an mengklasifikasikan perbuatan zalim sebagai keburukan.
Pertama: “ Dan Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman terhadap hamba-hamba-Nya.”53
Kedua: “ dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hambanya.”54
Ketiga: “ Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.”55
Keempat: “ Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”56
Diterangkan bahawa secara umumnya kufur (al-kufr) diketahui adalah sebesar-besar keburukan atau kesusahan (al-‘usr) berdasarkan keterangan al-Qur’an yang bermaksud:
“Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya.”57
Oleh itu, apabila Allah menciptakan manusia bertujuan dan bermatlamat untuk menyembah-Nya, Dia tidak menghendaki selain daripada penyembahan terhadap diri-Nya dan Dia juga tidak menciptakan manusia tanpa tujuan, matlamat atau secara main-main seperti difirmankan-Nya yang bermaksud:
“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”58
Dalam keterangan seterusnya dikatakan bahawa walaupun Allah memerintahkan manusia supaya melakukan kebaikan dan menegah keburukan, namun kedua-duanya adalah dalam kehendak (masyi’ah) dan kekuasaan (sultan) Allah kerana perbuatan menafikan keburukan daripada kehendak-Nya adalah sama seperti mengeluarkan Allah daripada kekuasaan-Nya.
Begitu juga sebaliknya, Allah (s.w.t) dikatakan tidak menyuruh melakukan maksiat tetapi menafikan maksiat sebagai bukan daripada kehendak Allah bererti mendustai Allah dan melayakkan seseorang menghuni neraka.59 Sekiranya maksiat yang dilakukan manusia dengan kehendak dan kebebasannya itu bukanlah dengan kehendak Allah, ia menunjukkan seolah-olah manusia itu lebih berkuasa daripada Allah (s.w.t) kerana dia terlepas daripada kekuasaan Allah. Sekiranya keterangan itu diterima, bererti Allah adalah Tuhan yang lemah. Kalau Tuhan itu lemah, maka banyak persoalan lain akan boleh dikemukakan. Rasional di sebalik kebaikan dan keburukan yang Allah ciptakan itu ditegaskan Allah sendiri dalam maksud ayat berikut:
“ Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).”60
Berhubung dengan perbuatan Allah yang dilakukan-Nya sendiri secara mutlak dan hakiki, dan tidak diberikan kebebasan dan pilihan kepada manusia, diterangkan bahawa Allah (s.w.t) tidak memuji ataupun mencela, tidak memberikan balasan baik mahupun buruk ke atas manusia. Contohnya, Allah menjadikan seseorang itu berkulit putih atau hitam, tinggi atau rendah, buta, bisu, pekak dan lain-lain bukanlah di atas kehendak dan pilihan manusia sendiri. Mereka juga tidak boleh campurtangan dalam urusan dan ketetapan Allah tersebut.61
Pada hakikatnya, kenyataan ini merujuk kepada perbuatan Allah yang sepenuhnya ditentukan dan ditetapkan oleh Allah (s.w.t) sendiri tanpa sebarang campurtangan, pilihan dan kebebasan manusia. Manusia hanya dikehendaki menerima sesuatu yang ditetapkan untuknya tanpa kebolehan untuk membuat pilihan.

B.     Perbuatan baik dan indah
Dunia yang dipenuhi oleh hidup dan mati, kaya dan miskin, baik dan buruk, damai dan perang, hidayah dan kesesatan, sehat dan sakit, semua terjadi atas izin Allah yang tidak samar bagi-Nya sesuatu yang samar. Maka Dia tidak bingung atas berbagai perkara dan bahasa, dan tak ada satupun gerakan yang terlepas dari Nya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. Semua itu tidak mengurangi anugrah serta kebaikanNYa yang tersebar kemana-mana.
Dunia begitu penuh dan sibuk dengan pembangunan, produksi, perkawinan, reproduksi, persetujuan, perbedaan, damai, perang, jual beli, transportasi , sadar dan terlelap, hidup dan mati.
Tetapi Allah lebih sibuk dari semua itu. Yang mengherankan adalah semua itu diketahui oleh Dzat Yang Maha Esa dan tempat bergantungnya segala sesuatu dan berjalan atas takdir dan pengaturan-Nya. Bersyukur Tuhan kita adalah yang tidak pernah tidur dan mengantuk, sehingga kita yakin akan selalu penjagaan dan pemeliharaanNya. Tuhan yang tidak pernah kalah dan tunduk kepada makhluk bahkan disalib! Allahu Akbar.

Setiap waktu Dia dalam kesibukan (QS Ar Rahman :29).

Allah memuji dirinNya dengan sifat yang menunjukkan kekuasaan dan bahwa segala sesuatu telah terjadi melainkan dengan izinNya.
Setiap saat Dialah yang menentukan, menurunkan dan mengangkat, memberi dan mencegah, mempersempit dan memperluas, memberi kekuasaan dan mencopotnya, mencukupi dan mengurangi, mematikan dan menghidupkan, menunjukan dan menyesatkan, membiarkan dan menguji coba.

Setiap saat Dia yang menentukan. Memberi orang fakir, memberi petunjuk orang yang bingung, menyembuhkan kan orang yang sakit, mengembalikan orang yang pergi, memberi petunjuk orang yang sesat, mengeyangkan orang yang lapar dan memberi minum orang yang haus.
Setiap saat Dia yang menentukan. Mengganti malam dengan siang, mengirim kilat yang hampir menyambar pandangan orang, menjalankan kapal-kapal di lautan, menjaga para musafir dari kekhawatiran.

Setiap saat Dia yang menentukan. Dia menghilangkan kesusahan, menyelesaikan urusan, mengampuni dosa dan kesalahan, melepaskan dan mengikat, mendahulukan dan mengakhirkan, memberi pahala orang yang taat, menyayangi orang yang luput, menutupi orang yang berdosa.

Setiap saat Dia yang menentukan. Dia yang menumbuhkan biji-bijian, mengetahui apa yang ada pada kandungan, menulis ajal, menghitung amal, menurunkan rizki, melepaskan belenggu, memberi makan orang yang ada di daratan dan lautan, menjaga para musafir, mengetahui mata yang berkhianat dan apa yang tersimpan dalam hati.

Setiap saat Dia yang menentukan. Dia mengetahui rahasia-rahasia, mengetahui apa-apa yang ada dalam dada, mengabulkan do'a orang yang terpaksa, menyelamatkan dari mara bahaya, menunjukkan dari kesesatan, membuat orang yang buta bisa melihat, dan memberi petunjuk orang yang kebingungan.

C.     Dapat di percaya
Allah tidak akan pernah ingkar janji. Tuhan dan perkataanNya adalah satu. FirmanNya dapat dipercaya. JanjiNya bisa dipegang. Ia tidak dapat berdusta dan mengingkari janjiNya.
Allah pernah berkata kepada Adam bahwa jika ia tidak taat, ia ”pasti akan mati”. (Kejadian 2:17) yang artinya : Tetapi mengenai pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat, engkau tidak boleh memakan buahnya, karena pada hari engkau memakannya, engkau pasti akan mati.” Itulah yang ia alami, persis seperti yang Allah katakan. Hal ini serta kematian dan penderitaan yang diwarisi oleh umat manusia membuktikan bahwa Allah dapat dipercaya.

D.    Tunduk dan Patuh
Sesungguhnya alam semesta ini: langit, bumi, planet, bintang, hewan, pepohonan, daratan, lautan, malaikat, serta manusia seluruh-nya tunduk kepada Allah dan patuh kepada perintah kauniyah-Nya. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "…padahal kepadaNya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa …" (Ali Imran: 83).

"... bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepadaNya." (Al-Baqarah: 116)

"Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri." (An-Nahl: 49)

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gu-nung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan seba-gian besar daripada manusia?"(Al-Hajj: 18)

"Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari." (Ar-Ra'd: 15)

Jadi seluruh benda alam semesta ini tunduk kepada Allah, patuh kepada kekuasaanNya, berjalan menurut kehendak dan perintahNya. Tidak satu pun makhluk yang mengingkariNya. Semua menjalankan tugas dan perannya masing-masing serta berjalan menurut aturan yang sangat sempurna.

Penciptanya sama sekali tidak memiliki sifat kurang, lemah dan cacat. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman: "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya ber-tasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka." (Al-Isra': 44)

Jadi seluruh makhluk, baik yang berbicara maupun yang tidak, yang hidup maupun yang mati, semuanya tunduk kepada perintah kauniyah Allah. Semuanya menyucikan Allah dari segala kekurangan dan kelemahan, baik secara keadaan maupun ucapan. Orang yang berakal pasti semakin merenungkan makhluk-makhluk ini, semakin yakin itu semua diciptakan dengan hak dan untuk yang hak. Bahwasanya ia diatur dan tidak ada pengaturan yang keluar dari aturan Penciptanya. Semua meyakini Sang Pencipta dengan fitrahnya.
Imam Ibnu Taimiyah berkata, "Mereka tunduk menyerah, pasrah dan terpaksa dari berbagai segi", di antaranya:
1. Keyakinan bahwa mereka sangat membutuhkanNya.
2. Kepatuhan mereka kepada qadha', qadar dan kehendak Allah yang ditulis atas mereka.
3. Permohonan mereka kepadaNya ketika dalam keadaan darurat atau terjepit.

Seorang mukmin tunduk kepada perintah Allah secara ridha dan ikhlas. Begitu pula ketika mendapatkan cobaan, ia sabar menerima-nya. Jadi ia tunduk dan patuh dengan ridha dan ikhlas." [1] Sedangkan orang kafir, maka ia tunduk kepada perintah Allah yang bersifat kauni (sunnatullah).

Adapun maksud dari sujudnya alam dan benda-benda adalah ketundukan mereka kepada Allah. Dan masing-masing benda bersujud menurut kesesuaiannya, yaitu suatu sujud yang sesuai dengan kon¬disinya serta mengandung makna tunduk kepada Ar-Rabb. Dan ber¬tasbihnya masing-masing benda adalah hakikat, bukan majaz, dan itu sesuai dengan kondisinya masing-masing.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menafsirkan firman Allah Subhannahu wa Ta'ala: "Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan." (Ali Imran: 83)

Dengan mengatakan, "Allah Subhannahu wa Ta'ala menyebutkan ketundukan benda-benda secara sukarela dan terpaksa, karena seluruh makhluk wajib beribadah kepadaNya dengan penghambaan yang umum, tidak peduli apakah ia mengakuiNya atau mengingkariNya. Mereka semua tunduk dan diatur. Mereka patuh dan pasrah kepadaNya secara rela maupun terpaksa."[2]

Tidak satu pun dari makhluk ini yang keluar dari kehendak, takdir dan qadhaNya. Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah. Dia adalah Pencipta dan Penguasa alam. Semua milikNya. Dia bebas berbuat terhadap ciptaanNya sesuai dengan kehendakNya. Semua adalah ciptaanNya, diatur, diciptakan, diberi fitrah, membutuhkan dan dikendalikanNya. Dialah Yang Mahasuci, Mahaesa, Mahaperkasa, Pencipta, Pembuat dan Pembentuk.

                                                                                         













Bab III
KESIMPULAN
Bahwa Allah menciptakan alam semesta ini untuk kebaikan kita semua, Allah maha mengetahui segala sesuatu, Dia yang merencanakan dan Dia mengetahui apa yang akan terjadi pada apa yang telah Dia rencanakan. Kita sebagai hamba Allah kita harus yakin dan percaya kepada Allah karena dengan kita percaya dan yakin kita akan mendapatkan kebaikan dari Nya baik di dunia maupun di akhirat. Selain itu kita sebagai manusia dituntut untuk tunduk dan patuh kepadaNya akan tetapi banyak manusia yang tidak patuh kepadaNya. Padahal jika kita telaah Allah telah memberikan banyak kebaikan kepada kita semua jadi tidak ada alasan kita untuk tidak tunduk dan patuh terhadapnya.






















                                                         SUMBER






















Tidak ada komentar:

Posting Komentar